Membantu Anda Bersiap Sedia
Menuju Kejayaan
Kami percaya bakat anda akan menyerlah apabila mempunyai pengetahuan dan inspirasi. Oleh itu, kami mahu membantu anda supaya lebih dapat memahami ciri-ciri calon yang diingini dan bidang kerja yang sesuai dengan anda.
Cara Memohon
Memohon kerja atau bidang kerjaya yang baru adalah perkara yang menggentarkan. Apakah yang dicari oleh majikan? Adakah resume anda sudah lengkap? Bagaimana persiapan anda bagi menghadapi temuduga? Kami memahami situasi anda. Itu sebabnya, kami sediakan semua video berikut untuk membantu anda membuat carian kerja.
Cari Laluan Kerjaya Anda
Perkara yang membezakan Marriott dengan syarikat lain adalah kami membantu calon mencari laluan kerjaya yang sesuai dengan mereka. Kami menyediakan pelbagai pilihan jabatan dan laluan kerjaya. Oleh itu, calon boleh membuat pilihan berdasarkan matlamat dan cita-cita mereka. Malah, kami senaraikan lokasi kerja di seluruh dunia.
Saya rasa terhutang budi pada para tetamu yang menjadikan diri saya seperti hari ini. Saya sentiasa mengukir senyuman mesra penuh ikhlas pada mereka.
Rosa N.
Penyambut Tetamu,
JW Marriott, Lima, Peru
Adakah Anda Perlukan Bantuan Lagi untuk Membuat Permohonan?
Bagi calon prospektif, sila baca petua penyelesaian masalah berikut dan maklumat teknikal yang lain.
